Thursday, April 12, 2018

Selamat Hari Jadi Mama Sarah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah. Tanggal 08 April 31 tahun yang lalu... lahirlah seorang babycomel yang hari ni diberi nama mama Sarah hehehe.. dulu-dulu baby comel la. La ni dah tua bangka nak comel tang mana lagi pun tak tahu lah. (tapi sape lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri ye dakk).

Selamat Hari Jadi Mama Sarah!
Tak sangka 31 tahun dah kita ye. Mama Sarah ni masa lahirnya pukul 12 tengahari . Tengah-tengah panas lit lit tu. Pasal tu garang, cengei dan jugak color pun metalic sikit masa kecik-kecik dulu. Hahaha, Tapi la ni.... si anak pun takde nak rasa takut or gerun dengan mama dia sendiri! 

Alhamdulillah, diberikan rezeki anak seorang di usia ni. Cukuplah walau seorang pun. Tu pun dah syukur nikmat. Nak mintak lebih-lebih, Allah kata takat ni dulu untuk kau. Jadi sila belajar bersyukur ye mama Sarah. InsyaAllah, bila diri dan bersedia dengan ilmu dan amal, yakinlah pasti Allah akan menambah rezeki tu. Tak kisahla sebenarnya pun cabang mana Allah nak beri rezeki, bermacam cara dan bukan takat anak sahaja. Kesihatan yang baik pun rezeki juga kan. Jadi, hargai dan syukurilah nikmat yang sentiasa Allah limpahkan.

Terima kasih Allah memanjangkan hidupku ini. Memberi kesempatan, waktu, ruang dan peluang untuk terus menikmati indahnya dunia ciptaanMu sehinggalah kesaat ini. 

Terima kasih mak untuk segalanya. Mak yang masih tetap bersama susah senang anaknya yang seorang ni. Terima kasih kerana jerit perih berkorban nyawa melahirkan diriku didunia ini. Sedang kecil dulu dan diberi segala, dah besar kini pun mak masih sentiasa ada memberi ketenangan dihati. 
Doaku semoga mak tersayang terus sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa. 

Terima kasih Allah. Terima kasih Mak.
Tak ada cinta sepertimu.


Mama Sarah,
Happy belated birthday.
sweet 13 

2 comments:

  1. semoga jadi anak solehah.. :)

    ReplyDelete
  2. Happy Bezday Mama Sarah..... moga mendapat umur yang berkat, dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.
    Tu diaaaa merendah diri sanagt tu, kisah kecik tak payah diungkit, yang penting sekarang dah jadi jelita mcm puteri hihi

    ReplyDelete