Friday, October 13, 2017

Seksanya Nak Bercerai ni

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Nak bercerai??? Ya Allah, jangan buat pasal ye mama Sarah!!! Jangan la sesekali ada niat nak bercerai berai ni. Penat-penat bina rumahtangga senang-senang je terfikir nak bercerai eh!

Hahaha, idak ler... Mama Sarah nak cakap pasal BERCERAI SUSU BADAN aje ni. Jangan ler serius sangat. Hahaha, 
Sarah Alya si baby besar
Bulan ni usia Sarah bakal cecah 2tahun 8bulan. Masih lagi menyusu badan. Masih lagi tak mahu lepas susu dan masih lagi nak merap sentiasa. Lagi-lagi waktu tidur malam. Allah. Mama Sarah makin hari makin tak kuat nak ikut rentak dia. Kalau dilayan... jenuh weiii! Tak jadi kerja la mama Sarah ni. Dahtu asyik nak bergantung aje. Main memang main tapi sikit-sikit nak susu, nak susu. Susu tu pulak nak yang special brand sahaja. Susu mama sedap! Tu ajelah alasan dia.

Macam-macam tips yang mama Sarah dapat hasil perkongsian sahabat kat FB. Alhamdulillah. Ramai yang sudi membantu share pengalaman dan tips-tips nak bercerai susu ni. Ada yang cakap susah, ada jugak yang mudah aje nak lalui proses ni. Aduhaiii beruntungnya ibu-ibu yang mudah aje dapat lalui saat-saat ni.

Mama Sarah masih dalam fasa mencuba nak betul-betul bercerai susu dengan Sarah ni. Bukan apa, bab free drypers dah selamat. Alhamdulillah, kencing berak semua okey. Mulut ada ringan nak bagitau bila nak membuang. Tapi, bila tiba bab susu ni... fuh fuh fuh... boleh jadi stress kita. 

Sebelum-sebelum ni mama Sarah asyik rasa kesian aje kat dia. Takut dia tak cukup minum la, tak cukup makan la, nanti takleh nak tidur la... Tapi la ni, kena lah kuat. Asyik kesian kat anak, kena kesian kat diri sendiri jugak kan. Badan pun sakit-sakit kot anak dah besar dok nak melekat menyusu lagi. Huhuhu,

Seksa pun seksa la. Janji kita usaha dan terus usaha nak bercerai susu ni. Doakan semoga mama Sarah berjaya dengan jayanya. Sarah kuat, mama pun kuat jugak!  


LadyAima
Mama Sarah
~Hidup ini Anugerah

"Tanpa Keberanian mimpi takkan menjadi nyata"



Saturday, September 23, 2017

Check Up Sarah 2 Tahun 7 Bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Haiii semua. Nak bagitahu yang Sarah bulan ni dah cecah 2tahun 7bulan. Sejak Sarah masuk 2tahun lebih ni hampir tiap-tiap bulan kena pergi klinik kesihatan check up tau. Penat weiii. Kalau ikut rasa hati memang tak ku pergi dah tau. (pernah bagi cadangan ni kat suami tapi katanya pergi ajelah!) Kesian papa Sarah tiap-tiap bulan kena cuti. Haa yang ni dia sendiri sukarela nak cuti untuk teman kami ke klinik tau.
Sarah Alya 2tahun 7bulan

Hahaha. Yang sebenarnya malas weiii, bulan-bulan pi timbang aje. Pastu result yang dapat bukan best pun. Balik-balik dengar nurse dok cakap pasal susu, pasal makan. Eh, eh jangan salah anggap tau. Mama Sarah tak marah or sakit hati pun kat nurse ni semua. Sebab tau, tu memang kerja diorang untuk ambil tahu semua ni. Cuma tu la, bila repeat benda yang sama lama-lama jadi tak best dan jadi malas. Huhuhu.

Okey, ni mama Sarah nak share pengalaman yang terbaru bila pergi klinik tempoh hari. Kakak Sarah, 2y7m berat yang tercatat hanyalah 8.8kg, tinggi 83cm. Sedihkan tengok apa yang tercatat tu. Kalau ikutkan BMI dia masih okey aje sebenarnya. Cuma.. cuma.. berat badan dia tak selari dengan usia dia yang 2tahun 7bulan tu. Tengok graf kat buku pink dia tu memang menjunam masuk red zone dah pun. Lagi lah mama dia kena dengar nurse ceramah.

Pastu jumpa doktor kena soal siasat lagi benda yang sama. Disebabkan check up kali ni ambil masa yang agak lama (padahal nombor giliran awal), si Sarah dah ngamuk-ngamuk nak balik. Kesian dia, mengantuk pun satu hal. Menunggu giliran untuk dipanggil pun satu hal. Jumpa doktor pun dalam keadaan Sarah "mama nak balik! nak balik" Aduhaiii, soalan doktor banyak yang mama nak leh nak fikir dan jawab sebaiknya bila si anak meragam. 

Apa-apa pun, mama Sarah malas nak fikir sangat tentang masalah berat badan Sarah yang hanya '8.8kg' aje minggu lepas tu. Yang penting mama Sarah tau, si Sarah ni sihat, aktif, makan pun berselera, dan mudah belajar. Selebihnya mama berserah kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 
Semoga Sarah terus sihat sejahtera dan membesar dengan baik ye sayang.


LadyAima,
Mama Sarah
~Hidup ini anugerah~

"Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telahberlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlahkamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah"

Wednesday, September 20, 2017

Hidup Ini Anugerah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan bila kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ni. "Hidup ni bukan berkisar apa yang kita mahukan, tapi apa yang Allah mahu". Mama Sarah suka ayat ni. Buat apa yang Allah suka dan sayang, pasti Allah akan suka dan sayang kita jugak. 

Allah menjanjikan Setiap insan pasti akan berbahagia bila mendapat redha Allah. Bahagia ini yang kita nak cari. Ini yang kita nak kejar dalam hidup. REDHA ALLAH! 
Anugerah Allah yang harus ku jaga sebaiknya
Allah dah anugerahkan hidup kita ni sebaik dan selayaknya. Dapat bangkit dari tidur setiap pagi, menghirup udara percuma dariNya, bila toleh ke kiri atau kanan masih punya pasangan disisi, masih lagi Allah meminjamkan anak-anak untuk kita salurkan rasa kasih sayang, nikmat kesihatan yang baik dan sebagainya. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan?

"Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya"
[Surah Al-Adiyat 6]

Hidup ini anugerah Allah yang sangat tak ternilai. Priceless. Tak boleh nak diukur dengan wang ringgit walau kau kaya sekalipun. Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang Allah kurniakan hari ni. Mungkin hari ni kita rasa nasib kita tak sebaik orang lain tapi ketahuilah bahawa andai kita susah, masih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kita sakit, ada orang yang lebih teruk sakitnya dari kita. Kita melalui satu kehidupan yang cukup menyiksakan, sesekali tengoklah rancangan Bersamamu TV3 dan kau kan tahu... cerita dan kisah mereka lagi dahsyat. Realiti dan bukan fantasi.

Teruskan berdoa semoga apa jua yang kita lalui sepanjang kehidupan ni Allah permudahkan dengan segala nikmatNya. Jangan pernah menyerah sebab Allah sangat suka dengan hambanya yang sentiasa berusaha dan berdoa memohon pertolonganNya. 

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Selawat ke atas Nabi Muhammad ya Rasulullah (eh eh ternyanyi pula kita)


With Love,
Ladyaima @ Mama Sarah
~Hidup ini anugerah

Monday, September 18, 2017

Bismillah Langkah Pertama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Langkah pertama dimulakan dengan lafaz Bismillah. Alhamdulillah, syukur dapat juga memulakan langkah pertama dengan blog baru ni. Seronok, excited sebenarnya. Hahaha, lama tak menulis tau. 
My journey
Ladyaima. 
Dah masuk 30 series ni... malu dah aihh nak berbaby-baby walaupun teringin nak ada baby lagi. hahaha, jangan marah aaaa. Dah lama sebenarnya niat nak sambung menulis ni, tapi tiap kali bukak & tengok blog lama tu jadi tak syok pulak. Tu yang asyik bertangguh aje. Haaa, la ni terus create blog baru dan dah tak mau putus asa lagi macam sebelum ni. Lagipun... banyak benda la yang Mama Sarah nak cerita lagi-lagi tentang si Kakak Sarah ni supaya masa depan bila dia dah besar nanti dia tahu la apa yang mama dia dah berkorban untuk dia selama ni. Cehhh, 

Tambah lagi tiap kali Mama Sarah ni pegang fon... mulalah si Sarah nak merampas. Langsung takleh nak bekerja dan akhirnya bisnes online Mama Sarah ni pun terbengkalai. Apapun tak jalan. Dengan ada blog ni, kurang-kurang boleh jugak menulis. Kebarangkalian Sarah nak kacau pun agak kurang sebab dia tak berapa nak pandai lagi guna laptop ni. Huhuhu, 

Blog baru, Mama Sarah pulak tak pandai langsung nak kasi cantik-cantik sama ini blog. InsyaAllah nanti kita cari upah orang yang pandai edit ye. Pasti makin bersemangat nak menulis. Mudah-mudahan. Mama Sarah berniat, blog yang ada ni akan dimanfaatkan sebaiknya. Tak mau jadi macam blog yang sebelum ni.


With Love,
LadyAima@Mama Sarah
~Hidup ini anugerah~


"Hidup ini bukan hanya tentang apa yang kita nak tetapi apa yang Allah nak"