Monday, April 9, 2018

Bercerai Susu Sepenuhnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah, setelah struggle beberapa ketika... (macam yang mama Sarah share dalam posting yang lepas <klik link SINI>menghadap perangai tantrum dia yang seakan faham mama dia nak 'bercerai susu' syukur sangat-sangat Allah dipermudahkan jalan. Sepanjang berada dekat rumah mak, memang mama Sarah sungguh-sungguh aka nekad untuk cerai susu ni. Bukan tak kesian kat si anak, tapi kesian jugak dekat diri sendiri. Penat, sakit-sakit badan mama ni Sarah oiii.

Walaupun sangat-sangat menguji sebelum tu (masa mama baru bercadang nak mula), si anak mula tunjuk perangai bukan-bukan dia sampaikan semua yang terjadi dekat si anak adalah 'salah mama'. Mama Sarah dianggap bersalah bila cuba untuk berhentikan susu ibu ni. Fuhh, memang hati kena kental weii nak mulakan benda macamni. Nak hadap si anak juga orang-orang disekeliling lagi. 

Alhamdulillah, akhirnya setelah berumur 2tahun 8 bulan Sarah lepaskan juga harta mama tu. Hahaha, tu pun setelah macam-macam mama dia berusaha. Kebanyakkan adalah secara psikologi. Guna kaedah psikologi yang banyak pengaruhi dia. Jom baca step-step yang mama dia buat kat bawah ni ye.

1. Susu mama kotor
Haha, nak mengetorkan susu ni mama Sarah guna kopi aje. Memang la nampak kotor tapi almaklumlah si anak dah besar, dah pandai. Kemain dia suruh dan paksa mama dia cuci. Sekejap aje guna trick ni sebab akhirnya tak menjadi. Haha.. (Kalau nak guna kaedah 'berdarah' yang guna sirap tu... owh tak sanggup sebab Sarah akan mengamuk kalau tau mama dia 'cedera atau luka'.

2. Susu rasa pelik
Ni antara langkah yang mama Sarah ambil. Guna daun hempedu bumi ramas2 dan sapu kat breast. First time dia rasa, dia buat muka pelik. Tapi sebab dah seharian tak tidur dia tetap jugak menyusu. Waktu siang memang berjaya 'susu mama pelik' dia langsung tak mau isap susu. Malam selagi tak dapat menyusu memang tak tidurlah jawabnya. Hati mama dia ni jadi kesian pulak tau. 

3. Pisah tempat tidur
Alhamdulillah, masa melalui fasa ni Cik Ana dengan Maktok Sarah banyak membantu. Cuba ajar dia tidur dengan Cik Ana dia. Memang agak sukar jugak sebenarnya, tapi once dah set dalam mindset dia yang susu mama pelik, susu mama kotor, susu mama rosak... lama-lama dia boleh terima. Jadi, malam-malam nak tidur dia belajar untuk tidak lagi menyusu dan request untuk 'pegang' tangan sahaja. Maklumlah selama ni tiap kali menyusu nak tidur aje tangan dia tak boleh dok diam. Nak menggentel sesaje. Bila dah berjaya untuk tidur tanpa mama, sehari ke sehari makin renggang dan akhirnya umur dia 2tahun 8 bulan yeahhhh bercerai sepenuhnya. 

Fuhhhh, perkara yang sangat mencabar untuk seorang mama Sarah. Nak free drypers pun tak rasa sesusah ni tau. Hahaha, Alhamdulillah. Cuma.... sampai sekarang Sarah memang taknak continue apa-apa juga susu selepas stop susu ibu dan juga susu kambing. 

Okey, itu ajelah cerita tentang cerai susu. Ni lah pengalaman seorang mama Sarah yang struggle untuk wean off ni. Bye!


psss.. lama betul entri ni ada dalam draf. huhu, masa publish posting ni Sarah dah 3tahun sebulan dah. Hahaha, gasak la Mama Sarah oiii

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Macam macam cara rupanya nak menceraikan susu kepada anak ye MS...Sure dah plan nak beradik lagi ni kan hihi

    ReplyDelete