Thursday, April 12, 2018

Selamat Hari Jadi Mama Sarah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah. Tanggal 08 April 31 tahun yang lalu... lahirlah seorang babycomel yang hari ni diberi nama mama Sarah hehehe.. dulu-dulu baby comel la. La ni dah tua bangka nak comel tang mana lagi pun tak tahu lah. (tapi sape lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri ye dakk).

Selamat Hari Jadi Mama Sarah!
Tak sangka 31 tahun dah kita ye. Mama Sarah ni masa lahirnya pukul 12 tengahari . Tengah-tengah panas lit lit tu. Pasal tu garang, cengei dan jugak color pun metalic sikit masa kecik-kecik dulu. Hahaha, Tapi la ni.... si anak pun takde nak rasa takut or gerun dengan mama dia sendiri! 

Alhamdulillah, diberikan rezeki anak seorang di usia ni. Cukuplah walau seorang pun. Tu pun dah syukur nikmat. Nak mintak lebih-lebih, Allah kata takat ni dulu untuk kau. Jadi sila belajar bersyukur ye mama Sarah. InsyaAllah, bila diri dan bersedia dengan ilmu dan amal, yakinlah pasti Allah akan menambah rezeki tu. Tak kisahla sebenarnya pun cabang mana Allah nak beri rezeki, bermacam cara dan bukan takat anak sahaja. Kesihatan yang baik pun rezeki juga kan. Jadi, hargai dan syukurilah nikmat yang sentiasa Allah limpahkan.

Terima kasih Allah memanjangkan hidupku ini. Memberi kesempatan, waktu, ruang dan peluang untuk terus menikmati indahnya dunia ciptaanMu sehinggalah kesaat ini. 

Terima kasih mak untuk segalanya. Mak yang masih tetap bersama susah senang anaknya yang seorang ni. Terima kasih kerana jerit perih berkorban nyawa melahirkan diriku didunia ini. Sedang kecil dulu dan diberi segala, dah besar kini pun mak masih sentiasa ada memberi ketenangan dihati. 
Doaku semoga mak tersayang terus sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa. 

Terima kasih Allah. Terima kasih Mak.
Tak ada cinta sepertimu.


Mama Sarah,
Happy belated birthday.
sweet 13 

Monday, April 9, 2018

Bercerai Susu Sepenuhnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah, setelah struggle beberapa ketika... (macam yang mama Sarah share dalam posting yang lepas <klik link SINI>menghadap perangai tantrum dia yang seakan faham mama dia nak 'bercerai susu' syukur sangat-sangat Allah dipermudahkan jalan. Sepanjang berada dekat rumah mak, memang mama Sarah sungguh-sungguh aka nekad untuk cerai susu ni. Bukan tak kesian kat si anak, tapi kesian jugak dekat diri sendiri. Penat, sakit-sakit badan mama ni Sarah oiii.

Walaupun sangat-sangat menguji sebelum tu (masa mama baru bercadang nak mula), si anak mula tunjuk perangai bukan-bukan dia sampaikan semua yang terjadi dekat si anak adalah 'salah mama'. Mama Sarah dianggap bersalah bila cuba untuk berhentikan susu ibu ni. Fuhh, memang hati kena kental weii nak mulakan benda macamni. Nak hadap si anak juga orang-orang disekeliling lagi. 

Alhamdulillah, akhirnya setelah berumur 2tahun 8 bulan Sarah lepaskan juga harta mama tu. Hahaha, tu pun setelah macam-macam mama dia berusaha. Kebanyakkan adalah secara psikologi. Guna kaedah psikologi yang banyak pengaruhi dia. Jom baca step-step yang mama dia buat kat bawah ni ye.

1. Susu mama kotor
Haha, nak mengetorkan susu ni mama Sarah guna kopi aje. Memang la nampak kotor tapi almaklumlah si anak dah besar, dah pandai. Kemain dia suruh dan paksa mama dia cuci. Sekejap aje guna trick ni sebab akhirnya tak menjadi. Haha.. (Kalau nak guna kaedah 'berdarah' yang guna sirap tu... owh tak sanggup sebab Sarah akan mengamuk kalau tau mama dia 'cedera atau luka'.

2. Susu rasa pelik
Ni antara langkah yang mama Sarah ambil. Guna daun hempedu bumi ramas2 dan sapu kat breast. First time dia rasa, dia buat muka pelik. Tapi sebab dah seharian tak tidur dia tetap jugak menyusu. Waktu siang memang berjaya 'susu mama pelik' dia langsung tak mau isap susu. Malam selagi tak dapat menyusu memang tak tidurlah jawabnya. Hati mama dia ni jadi kesian pulak tau. 

3. Pisah tempat tidur
Alhamdulillah, masa melalui fasa ni Cik Ana dengan Maktok Sarah banyak membantu. Cuba ajar dia tidur dengan Cik Ana dia. Memang agak sukar jugak sebenarnya, tapi once dah set dalam mindset dia yang susu mama pelik, susu mama kotor, susu mama rosak... lama-lama dia boleh terima. Jadi, malam-malam nak tidur dia belajar untuk tidak lagi menyusu dan request untuk 'pegang' tangan sahaja. Maklumlah selama ni tiap kali menyusu nak tidur aje tangan dia tak boleh dok diam. Nak menggentel sesaje. Bila dah berjaya untuk tidur tanpa mama, sehari ke sehari makin renggang dan akhirnya umur dia 2tahun 8 bulan yeahhhh bercerai sepenuhnya. 

Fuhhhh, perkara yang sangat mencabar untuk seorang mama Sarah. Nak free drypers pun tak rasa sesusah ni tau. Hahaha, Alhamdulillah. Cuma.... sampai sekarang Sarah memang taknak continue apa-apa juga susu selepas stop susu ibu dan juga susu kambing. 

Okey, itu ajelah cerita tentang cerai susu. Ni lah pengalaman seorang mama Sarah yang struggle untuk wean off ni. Bye!


psss.. lama betul entri ni ada dalam draf. huhu, masa publish posting ni Sarah dah 3tahun sebulan dah. Hahaha, gasak la Mama Sarah oiii

Thursday, January 4, 2018

Tips Dan Cabaran Ajar Anak Bebas Pampers (Free Drypers)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Posting ni sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri Mama Sarah dalam usaha untuk ajar anak free drypers dan potty train ni. Alhamdulillah, belum pun Sarah cecah usia 2tahun 5 bulan dia dah berjaya tak pakai pampers sepenuhnya. Ini adalah satu kelegaan terbesar Mama Sarah. Syukur sangat.

Kalau ikutkan, seawal 2tahun lebih berniat nak mula tapi takde keberanian. Hahaha.. Sebab orang kata nak buat 2 perkara (free dryper & cerai susu) adalah perkara yang sangat-sangat mencabar. Hati mesti mau kental!

Pada awal Mama Sarah nak ajar anak untuk bebas lampin pakai buang ni, terus terang memang langsung tak dapat sokongan suami. Maklumlah orang lelaki ni, kalau boleh semua benda nak mudah. Papa Sarah kata pakai ajelah, takyah nak susah-susah! Nak keluar naik kereta pun mesti kena pakai walaupun kat rumah dah diajar untuk tak pakai pampers. Takpelah, tak nak cakap lagi pasal penolakan masa awal-awal dulu. Hehehehe, mencabar kan.. tu pasal hati mama ni kena kental! Tu cabaran terbesar Mama Sarah pada mulanya.

Kenapa Mama Sarah berani nak mencuba berusaha ke arah ni?? 
Pertama, sebab mama sedia maklum yang si anak bukan jenis kencing kuat. Kencing kuat tau bukan kuat kencing (macam si kaki penipu tu) kahkahkah. Sarah memang full breastfeed. Jadi, peratus buang air kecil tu dia agak rendah berbanding anak-anak yang minum susu formula. Selalu bangun pagi check pampers dia alahaiiii, tak banyak pun dia buang air. Pendek kata tak basah sangat pun la. Macam rugi aje bagi pakai pampers tu.

Keduanya, kita boleh nampak yang anak mungkin dah bersedia untuk free drypers. Dah nampak yang dia selalu tak selesa bila dipakai lampin. Tidur malam pun asyik menggaru dan ada ketika hampir nak terlondeh pampers tu. Kualiti tidur malam dah tentu la terganggu ye dakk?

Ketiganya, disebabkan Sarah dah pandai bercakap dengan jelas dan faham arahan jadi rasanya memang dah patut mama dia mulakan benda ni. Tapi... jangan pelik tau budak yang mulut pot pet pot pet petah bercakap ni bila tiba tang dia nak kencing berak, tak tau mana pi mulut tu. Terkunci, tak reti nak habaq bak kata orang utara. Hilang pi mana entah mulut tu. Tau tau basah, mencicir merata rumah. Huhuhu, tu lah cabarannya bila nak free drypers dan potty training ni.

Pokok pangkalnya, hati mama ibu mommy mak-mak ni kena kuat bila nak teruskan perkara baik ni. SABAR tu yang paling asas. Memang tipu la kalau kata takde marah-marah. Marah jugak Mama Sarah ni. Tapi yelah faham kan, anak tu kecik. Berakal dia bukan setara dengan akal kita yang dewasa ni. Jadinya.... Sabar. 

FOKUS! Dalam tempoh permulaan tu memang mama-mama kena betul-betul fokus kat anak tu. Sebab sekejap-sekejap kita akan cakap, tanya, ingatkan dia, bawak dia ke bilik air, ajar dia cara nak buang air dan yang berkaitan la. Kena sentiasa ulang-ulang supaya akan set dalam kepala dia. Awal-awal tu mungkin 10 ke 15minit sekali tanya. Kalau si anak cakap taknak pun Mama Sarah paksa jugak ke bilik air walaupun end up dia tak kencing pun. Hahaha, takpe yang penting kita usaha. 

ISTIQAMAH.
Tentang ni, iye betul sangat-sangat. Nak ajar anak bebas lampin ni janganlah hari ni buat, esok pakai semula lampin, lusa free drypers semula. Owh No!No!No! Jangan gitu ye mama-mama. Kesian si anak. Celaru dia nanti. Nilah yang pernah terjadi dengan si Sarah awal-awal dulu. Kat rumah tak pakai pampers, bila petang keluar naik kereta kena pakai. (Maklumlah mama Sarah sebelum ni asyik keluar cod aje-Papa Sarah dah pesan, masuk kereta wajib pakai pampers), Akhirnya si anak confuse. Benda macamni memang takkan membantu malah mungkin akan menambah rasa seksa tu. 

Haaa yang terakhir sebelum mama Sarah terlupa. Kalau kat rumah tu ada carpet tikar mewah tebal-tebal tu silalah lipat gulung dulu ye. Sediakan lapik plastik supaya mudah nak cuci bila anak terbabas nanti. Tilam tidur pun boleh cari yang waterproof (yang ni memang sangat membantu) sebabnya waktu siang dengan malam owh sangatlah tak sama. Waktu tidur anak mungkin agak sukar kita nak kenalpasti masa bila dan hint yang diberi untuk bagitahu yang dia nak membuang. 
Yang ni sampai sekarang pun ada masa mama Sarah failed lagi.

 Jangan risau, insyaAllah lama-lama usaha kita pasti akan berjaya. Jangan lupa berdoa sungguh-sungguh supaya Allah permudahkan hasrat kita nak anak free drypers ni. Yang paling best, setiap kali anak berjaya membuang air kecil atau besar di bilik air, jangan lupa bagi pujian dan maklumkan kita yang lain kali pun kena buat macam ni. Alhamdulillah, Berjaya! Jimat pun jimat. Tak perlu nak keluar duit beli lampin pakai buang lagi dah lepas ni. Hihihi. 

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan kat FB Mama Sarah yang banyak share pengalaman diorg masa mula-mula mama Sarah nak ajar Sarah potty train ni. Sangat membantu dan berguna tips mereka ni (sama macam yang mama Sarah share atas ni la) 

Selamat mencuba Tips Ajar anak bebas pampers (Free drypers) ni ye! 
*Lama betul posting ni tersimpan dalam draf. Huhu...
LadyAima
Mama Sarah,
Hidup Ini Anugerah