Tuesday, January 15, 2019

2019 Semoga Baik Baik Sahaja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Pejam celik 2018 tinggalkan kita juga akhirnya. Masa berlalu dengan pantas kan sekarang ni. Tup-tup 2019 Januari pun dah masuk tengah bulan. Mama Sarah je yang masih sentiasa terhegeh-hegeh lagi tertinggal sokmo kat belakang. Maafkan hamba. 

Bila masuk tahun baru, masing-masing dengan azam tersendiri kan. Mama Sarah... belum betul-betul kuat untuk pasang azam. Dapat meneruskan kehidupan dengan baik dan dipermudahkan pun dah  cukup bersyukur. Sedang melalui fasa-fasa alahan yang tak tahu mana penghujungnya. 

Ya Allah, Kau permudahkan semuanya Ya Allah. Doaku 2019 ni, semoga datang yang baik-baik sahaja. Terima kasih Allah atas nikmat yang Kau kurniakan untuk diriku. Semoga aku terus belajar untuk jadi manusia yang bersyukur.


Happy New Year! Selamat Tahun Baru 2019.