Wednesday, September 20, 2017

Hidup Ini Anugerah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan bila kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ni. "Hidup ni bukan berkisar apa yang kita mahukan, tapi apa yang Allah mahu". Mama Sarah suka ayat ni. Buat apa yang Allah suka dan sayang, pasti Allah akan suka dan sayang kita jugak. 

Allah menjanjikan Setiap insan pasti akan berbahagia bila mendapat redha Allah. Bahagia ini yang kita nak cari. Ini yang kita nak kejar dalam hidup. REDHA ALLAH! 
Anugerah Allah yang harus ku jaga sebaiknya
Allah dah anugerahkan hidup kita ni sebaik dan selayaknya. Dapat bangkit dari tidur setiap pagi, menghirup udara percuma dariNya, bila toleh ke kiri atau kanan masih punya pasangan disisi, masih lagi Allah meminjamkan anak-anak untuk kita salurkan rasa kasih sayang, nikmat kesihatan yang baik dan sebagainya. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan?

"Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya"
[Surah Al-Adiyat 6]

Hidup ini anugerah Allah yang sangat tak ternilai. Priceless. Tak boleh nak diukur dengan wang ringgit walau kau kaya sekalipun. Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang Allah kurniakan hari ni. Mungkin hari ni kita rasa nasib kita tak sebaik orang lain tapi ketahuilah bahawa andai kita susah, masih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kita sakit, ada orang yang lebih teruk sakitnya dari kita. Kita melalui satu kehidupan yang cukup menyiksakan, sesekali tengoklah rancangan Bersamamu TV3 dan kau kan tahu... cerita dan kisah mereka lagi dahsyat. Realiti dan bukan fantasi.

Teruskan berdoa semoga apa jua yang kita lalui sepanjang kehidupan ni Allah permudahkan dengan segala nikmatNya. Jangan pernah menyerah sebab Allah sangat suka dengan hambanya yang sentiasa berusaha dan berdoa memohon pertolonganNya. 

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Selawat ke atas Nabi Muhammad ya Rasulullah (eh eh ternyanyi pula kita)


With Love,
Ladyaima @ Mama Sarah
~Hidup ini anugerah

No comments:

Post a Comment