Thursday, January 4, 2018

Tips Dan Cabaran Ajar Anak Bebas Pampers (Free Drypers)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Posting ni sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri Mama Sarah dalam usaha untuk ajar anak free drypers dan potty train ni. Alhamdulillah, belum pun Sarah cecah usia 2tahun 5 bulan dia dah berjaya tak pakai pampers sepenuhnya. Ini adalah satu kelegaan terbesar Mama Sarah. Syukur sangat.

Kalau ikutkan, seawal 2tahun lebih berniat nak mula tapi takde keberanian. Hahaha.. Sebab orang kata nak buat 2 perkara (free dryper & cerai susu) adalah perkara yang sangat-sangat mencabar. Hati mesti mau kental!

Pada awal Mama Sarah nak ajar anak untuk bebas lampin pakai buang ni, terus terang memang langsung tak dapat sokongan suami. Maklumlah orang lelaki ni, kalau boleh semua benda nak mudah. Papa Sarah kata pakai ajelah, takyah nak susah-susah! Nak keluar naik kereta pun mesti kena pakai walaupun kat rumah dah diajar untuk tak pakai pampers. Takpelah, tak nak cakap lagi pasal penolakan masa awal-awal dulu. Hehehehe, mencabar kan.. tu pasal hati mama ni kena kental! Tu cabaran terbesar Mama Sarah pada mulanya.

Kenapa Mama Sarah berani nak mencuba berusaha ke arah ni?? 
Pertama, sebab mama sedia maklum yang si anak bukan jenis kencing kuat. Kencing kuat tau bukan kuat kencing (macam si kaki penipu tu) kahkahkah. Sarah memang full breastfeed. Jadi, peratus buang air kecil tu dia agak rendah berbanding anak-anak yang minum susu formula. Selalu bangun pagi check pampers dia alahaiiii, tak banyak pun dia buang air. Pendek kata tak basah sangat pun la. Macam rugi aje bagi pakai pampers tu.

Keduanya, kita boleh nampak yang anak mungkin dah bersedia untuk free drypers. Dah nampak yang dia selalu tak selesa bila dipakai lampin. Tidur malam pun asyik menggaru dan ada ketika hampir nak terlondeh pampers tu. Kualiti tidur malam dah tentu la terganggu ye dakk?

Ketiganya, disebabkan Sarah dah pandai bercakap dengan jelas dan faham arahan jadi rasanya memang dah patut mama dia mulakan benda ni. Tapi... jangan pelik tau budak yang mulut pot pet pot pet petah bercakap ni bila tiba tang dia nak kencing berak, tak tau mana pi mulut tu. Terkunci, tak reti nak habaq bak kata orang utara. Hilang pi mana entah mulut tu. Tau tau basah, mencicir merata rumah. Huhuhu, tu lah cabarannya bila nak free drypers dan potty training ni.

Pokok pangkalnya, hati mama ibu mommy mak-mak ni kena kuat bila nak teruskan perkara baik ni. SABAR tu yang paling asas. Memang tipu la kalau kata takde marah-marah. Marah jugak Mama Sarah ni. Tapi yelah faham kan, anak tu kecik. Berakal dia bukan setara dengan akal kita yang dewasa ni. Jadinya.... Sabar. 

FOKUS! Dalam tempoh permulaan tu memang mama-mama kena betul-betul fokus kat anak tu. Sebab sekejap-sekejap kita akan cakap, tanya, ingatkan dia, bawak dia ke bilik air, ajar dia cara nak buang air dan yang berkaitan la. Kena sentiasa ulang-ulang supaya akan set dalam kepala dia. Awal-awal tu mungkin 10 ke 15minit sekali tanya. Kalau si anak cakap taknak pun Mama Sarah paksa jugak ke bilik air walaupun end up dia tak kencing pun. Hahaha, takpe yang penting kita usaha. 

ISTIQAMAH.
Tentang ni, iye betul sangat-sangat. Nak ajar anak bebas lampin ni janganlah hari ni buat, esok pakai semula lampin, lusa free drypers semula. Owh No!No!No! Jangan gitu ye mama-mama. Kesian si anak. Celaru dia nanti. Nilah yang pernah terjadi dengan si Sarah awal-awal dulu. Kat rumah tak pakai pampers, bila petang keluar naik kereta kena pakai. (Maklumlah mama Sarah sebelum ni asyik keluar cod aje-Papa Sarah dah pesan, masuk kereta wajib pakai pampers), Akhirnya si anak confuse. Benda macamni memang takkan membantu malah mungkin akan menambah rasa seksa tu. 

Haaa yang terakhir sebelum mama Sarah terlupa. Kalau kat rumah tu ada carpet tikar mewah tebal-tebal tu silalah lipat gulung dulu ye. Sediakan lapik plastik supaya mudah nak cuci bila anak terbabas nanti. Tilam tidur pun boleh cari yang waterproof (yang ni memang sangat membantu) sebabnya waktu siang dengan malam owh sangatlah tak sama. Waktu tidur anak mungkin agak sukar kita nak kenalpasti masa bila dan hint yang diberi untuk bagitahu yang dia nak membuang. 
Yang ni sampai sekarang pun ada masa mama Sarah failed lagi.

 Jangan risau, insyaAllah lama-lama usaha kita pasti akan berjaya. Jangan lupa berdoa sungguh-sungguh supaya Allah permudahkan hasrat kita nak anak free drypers ni. Yang paling best, setiap kali anak berjaya membuang air kecil atau besar di bilik air, jangan lupa bagi pujian dan maklumkan kita yang lain kali pun kena buat macam ni. Alhamdulillah, Berjaya! Jimat pun jimat. Tak perlu nak keluar duit beli lampin pakai buang lagi dah lepas ni. Hihihi. 

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan kat FB Mama Sarah yang banyak share pengalaman diorg masa mula-mula mama Sarah nak ajar Sarah potty train ni. Sangat membantu dan berguna tips mereka ni (sama macam yang mama Sarah share atas ni la) 

Selamat mencuba Tips Ajar anak bebas pampers (Free drypers) ni ye! 
*Lama betul posting ni tersimpan dalam draf. Huhu...
LadyAima
Mama Sarah,
Hidup Ini Anugerah